PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Moga bumi Palestine bebas n merdekat dari cengkaman Israel n zionis. Moga Allah permudahkan urusan saya utk dapat kerja!

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Saya berdoa kepada Allah SWTbl agar kerajaan beri tanah yang untuk ibu-ibu yang sudah tua dan diberi murah rezeki.Moga semua ibu-ibu yang tinggal rumah itu mendapat perlindungan dari yang maha esa dan lagi maha pengasih dan penyayang Aamiin 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 jam yang lepas

Semoga Allah mudahkan urusan kita semua. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 jam yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 jam yang lepas

saya doakan semua orang di nur ehsan ini dapat kebajikan yang bagus serta dimasukkan ke dalam syurga aamiin ya rabbal alamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 jam yang lepas

Semoga usaha kita semua dipandang dan diredhai oleh Allah, semoga Allah permudahkan urusan warga penghuni di sana, dan penyumbang semua diampuni dosa oleh Allah dan diberi husnul khatimah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: